X

Kindly register in order to view this article
!

Taliban bebaskan dua profesor

King (kiri), dari Pennsylvania dan Weekes dari New South Wales diculik di luar kampus Universiti Amerika di Kabul tiga tahun lalu.
A
A

KABUL - Taliban hari ini membebaskan dua tebusan warga barat yang diculik lebih tiga tahun lalu di ibu negara Afghanistan.

Mereka kemudiannya diserahkan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) di bawah perjanjian pertukaran pembebasan tiga pemimpin Taliban yang diumumkan Presiden Ashraf Ghani pada minggu lalu.

"Dua profesor universiti Amerika, Kevin King dan Timothy Weekes itu dibebaskan di daerah Nawbahar di wilayah Zabul. Mereka diterbangkan dengan menggunakan helikopter tentera AS," jelas sumber polis tempatan.

Perkara itu turut disahkan sumber Taliban.

"Kami kini menunggu kerajaan membebaskan tiga anggota kami secepat mungkin," ujarnya.

Sebelum ini, Ghani mengumumkan langkah itu bertujuan membuka jalan untuk rundingan tidak rasmi antara kerajaan dan Taliban yang sekian lama enggan berunding dengan pentadbiran Kabul. - AFP