Bear jadi hero bantu cari koala

Koala diberi minuman oleh petugas keselamatan. Bear dilatih bantu mencari binatang termasuk koala dalam kebakaran hutan di Australia.
Koala diberi minuman oleh petugas keselamatan. Bear dilatih bantu mencari binatang termasuk koala dalam kebakaran hutan di Australia.
A
A
A

QUEENSLAND - Seekor anjing dianggap sebagai hero kerana berjaya menemui dan menyelamatkan beberapa beruang koala dalam kebakaran hutan di Australia.

Anjing dikenali Bear yang memakai stokin khas pada keempat kakinya itu telah dilatih untuk mencari binatang termasuk koala di kawasan bencana.

Ini kerana habitat koala semakin terancam gara-gara kebakaran itu.

Bear juga sebelum ini ditemui di kawasan tersebut selepas ditinggalkan oleh pemiliknya akibat bencana tersebut.

Bagaimanapun Universiti Sunshine Coast telah menyelamatkannya dan mendidiknya untuk bantu mencari beruang koala, lapor Mail Online.

Pada minggu lalu pasukan penyelamat dan Bear berada di hutan New South Wales, Queensland dan Cooroibah untuk kerja-kerja menyelamat.

Badan kebajikan haiwan, Josey Sharad memberitahu, ketika ini kerja-kerja menyelamat koala berada pada tahap kritikal.

Pasukan penyelamat termasuk anggota bomba turut berusaha menyelamatkan beruang koala dan paling menyedihkan mereka menjumpai banyak bangkai koala.

Artikel Berkaitan:

Beberapa gambar koala diselamatkan tular di laman sosial yang menyentuh hati netizen.

Dalam pada itu, menurut laporan The Sydney Morning Herald, sekitar 350 ekor beruang koala di Lake Innes Nature Reserve turut terkorban.

Menurut Presiden Konservasi Koala Australia, Sue Ashton, setakat ini, hanya 16 ekor sahaja beruang koala yang berjaya diselamatkan.

Kebakaran hutan itu disifatkan sebagai yang terbesar yang pernah berlaku di Australia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan beruang koala dikhuatiri mati terbakar

https://www.sinarharian.com.my/article/54722/GLOBAL/Ratusan-beruang-koala-dikhuatiri-mati-terbakar