Polis kesan enam saksi kes mahkamah

Antara saksi yang dikehendaki polis.
Antara saksi yang dikehendaki polis.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Selangor sedang mengesan empat orang saksi untuk hadir ke Mahkamah Seksyen 2, Shah Alam pada 26 dan 27 November ini.

Menurut kenyataan di laman sosial Polis Selangor, empat saksi itu dikenali sebagai Lim San For @ Andrew, 48, Teh Joo Wee atau dikenali Jacky Teh, 37, Khoo Khee Meng, 51, dan Chin Vun Fung, 35.

Kesemua individu itu perlu tampil ke mahkamah pada jam 9 pagi bagi membantu menyelesaikan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan sama, polis turut mengesan dua lagi saksi untuk hadir ke mahkamah sama pada 28 dan 29 November serta pada 2, 3, 6 dan 7 Januari 2020.

Individu berkenaan dikenali sebagai Nik Muhamad Sabrizan Nik, 26, dan Muhammad Haffiz Mohamed, 28.

Kedua-dua individu terbabit perlu tampil ke mahkamah pada jam 10 pagi bagi membantu menyelesaikan kes di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: