Takut punya pasal, rela hati serah dadah kepada polis

Satu plastik putih cerah berisi tujuh biji pil disyaki dadah yang diserahkan secara sukarela oleh suspek semasa ditahan di Perumahan Baru Padang Kubu di sini petang semalam. - Foto Ihsan PDRM
Satu plastik putih cerah berisi tujuh biji pil disyaki dadah yang diserahkan secara sukarela oleh suspek semasa ditahan di Perumahan Baru Padang Kubu di sini petang semalam. - Foto Ihsan PDRM
A
A
A

KEMAMAN - Tingkah laku mencurigakan seorang lelaki ketika berada di tepi jalan Perumahan Baru Padang Kubu di sini terjawab selepas didapati positif dadah hasil pemeriksaan yang dilakukan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 29 tahun beralamat dari Kampung Seberang Padang Kubu di sini dan bekerja sendiri itu ditahan jam 3.05 petang.

"Semasa ditangkap berlaku pergelutan kerana suspek cuba melarikan diri tetapi cubaannya tidak berhasil.

"Disebabkan terlalu takut, suspek dengan rela hati menyerahkan satu plastik berwarna putih berisi tujuh biji pil berwarna merah dipercayai dadah.

"Ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Artikel Berkaitan: