Di mano pokcik Daud?

Daud yang mempunyai penyakit nyanyuk hanya memakai kain pelekat dan tidak berbaju ketika kali terakhir dilihat di hadapan SK Bukit Awang.
Daud yang mempunyai penyakit nyanyuk hanya memakai kain pelekat dan tidak berbaju ketika kali terakhir dilihat di hadapan SK Bukit Awang.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang warga emas, Daud Mamat, 73, dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Awang dekat sini sejak semalam.

Anaknya, Mahusin Daud, 56, berkata, kali terakhir ayahnya dilihat berada di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang pada jam 11 pagi.

"Sebelum hilang, ayah hanya pakai kain pelekat berwarna coklat dan hijau dan gerakan mencari sudah dimulakan ahli keluarga selepas ayah tak balik-balik ke rumah.

"Gerakan itu dibuat selepas memikirkan keadaan ayah yang mempunyai penyakit nyanyuk," katanya.

Menurutnya, laporan polis berhubung kehilangan ayahnya dibuat di Balai Polis Bukit Yong pagi tadi.

"Orang ramai yang melihat kelibat ayah boleh menghubungi kami di talian 017-2846177," katanya.

Artikel Berkaitan: