Kekalahan beri mesej kepada PH tunai janji manifesto: Guan Eng

Guan Eng berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SME Bank, Malaysia Rail Link dan China Communications Construction (ECRL) hari ini. - Foto Bernama
Guan Eng berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SME Bank, Malaysia Rail Link dan China Communications Construction (ECRL) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lepas adalah mesej rakyat kepada kerajaan supaya menunaikan janji manifesto, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Apa yang rakyat mahu lihat adalah bahawa kita kena menunaikan janji-janji yang kita telah buat. Oleh itu, saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang digariskan dalam manifesto pilihan raya PH.

"Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri, dan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) di sini hari ini.

Bagaimanapun Guan Eng yang juga Menteri Kewangan menepis dakwaan isu peruntukan belanjawan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) adalah satu-satunya penyebab kekalahan Pakatan Harapan pada PRK Tanjung Piai.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung pada Sabtu lalu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenanginya dengan majoriti 15,086 undi.

Jeck Seng bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal memperoleh 25,466 undi mengatasi calon PH, Karmaine Sardini yang mendapat 10,380 undi, calon Gerakan, Wendy Subramaniam (1,707), diikuti Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Berjasa (850) dan dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32). - Bernama

Artikel Berkaitan: