X

Kindly register in order to view this article
!

Ir Izham Hashim kekal Pengerusi Amanah Selangor

Izham Hashim
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah, Ir Izham Hashim kekal sebagai Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor bagi penggal 2019 hingga 2022 dalam pemilihan pada Konvensyen Amanah Selangor hari ini.

Keputusan pemilihan itu diumumkan oleh Speaker Konvensyen, Mohamad Jamil Abdul Rahim di sini.

Bekas Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Azli Yusof dipilih sebagai Timbalan Pengerusi menggantikan Saari Sungib.

Bagi jawatan Naib Pengerusi Amanah 1, Shamsul Ma'arif Ismail dipilih bagi menjawat jawatan berkenaan menggantikan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin manakala Mariam Abdul Rashid dipilih sebagai Naib Pengerusi 2.

Terdahulu seramai 208 perwakilan daripada 22 kawasan Amanah hadir ke konvensyen berkenaan yang bermula kira-kira jam 2 petang.

Konvensyen berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Seramai 77 orang calon bertanding bagi mengisi 17 jawatan yang dipertandingkan dalam Jawatankuasa Kepimpinan Amanah Selangor.

Proses pemilihan bagi 17 jawatan berkenaan antaranya Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Bendahari, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda berjalan dengan lancar dan aman. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!