UK bakal tamatkan rawatan istimewa buat pendatang EU

Boris Johnson. - Foto: AFP
Boris Johnson. - Foto: AFP
A
A
A

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson akan menamatkan rawatan istimewa untuk pendatang Kesatuan Eropah (EU) bermula Januari 2021 sekiranya parti pimpinannya, Parti Konservatif menang dalam pilihan raya bulan depan.

Biasanya warga EU menunggu selama lima tahun sebelum mereka dapat mengakses bayaran kebajikan, kini tempoh itu dipendekkan kepada tiga bulan.

"Selepas keluar dari EU, kami mempunyai peluang baharu untuk melaksanakan keadilan dan memastikan semua orang yang datang ke negara ini mendapat layanan sama rata. Kami akan menjadikan sistem imigresen kami adil dan saksama," kata Johnson dalam satu kenyataan.

Parti Konservatif juga akan meningkatkan surcaj kesihatan antarabangsa yang dibayar oleh migran untuk mengakses Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan kepada AS$800 (RM3,322) berbanding AS$518 (RM2,151) bermula tahun depan.

Bayaran tersebut turut dikenakan kepada semua pekerja asing.

Menerusi langkah itu, parti pemerintah menjangkakan untuk meningkatkan lebih ASD$648 juta (RM2.6 bilion) setahun. - Agensi

Artikel Berkaitan: