Tular video 'pondan' pimpin bacaan doa

Paparan Twitter tular di laman sosial.
Paparan Twitter tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu rakaman video seorang lelaki berpakaian wanita memimpin bacaan doa tular di laman sosial.

Video durasi 31 saat dimuat naik di Twitter Rararaihan mendapat kecaman netizen kerana didakwa mempermainkan agama Islam.

"Pondan tetap lelaki, pondan pun mampu bimbing bacaan doa" katanya yang pantas menarik perhatian netizen.

Bagaimanapun segelintir netizen tampil memberi penjelasan situasi sebenar bagi mengelakkan kekeliruan terus berlaku.

Kata Nurhidayat Abd Rashid, lelaki itu merupakan seorang pelajar teater di sebuah institut pengajian tinggi awam di Shah Alam.

Mereka menjayakan persembahan teater untuk tugasan akademik.

"Dia ni lelaki bukan pondan. Mungkin ada kaitan dengan subjek yang diambil, jadi dia terpaksa berlakon macam ini.

"Sesiapa yang tidak tahu akan terus fitnah, saya tahu sebab saya pun pelajar di sini," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Kata @coffeeismybae_,"Yang komen pasal haram, itu persembahan memang kena bawa watak itu. Kalau dah projek dia, kenalah jadi juga, tu urusan dia dengan ALLAH, yang kita buruk sangka kata dia pondan ni?" katanya.

Namun iam_husnina memberitahu, meskipun ia sekadar lakonan ia tetap salah dari segi agama.

"Walau berlakon pun tak boleh pakai pakaian atau apa yang menyerupai wanita. Boleh tanya ustaz hukumnya, haram tetap haram dan kita tidak boleh menghalalkan cara," katanya.

Posting itu sehingga kini meraih lebih 411,500 tontonan dan 8,000 ulang ciap dari netizen.