Promosi akhir tahun Peugeot 3008, 5008 SUV Plus

A
A
A

NASIM Sdn Bhd (Nasim), pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 and 5008 SUV Plus!

Bagi model 3008, Nasim menawarkan varian Active pada harga atas jalan RM150,888 manakala varian dengan spesifikasi lebih tinggi, Allure pada harga RM163,888.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2019, pelanggan yang melakukan tukar beli (trade-in) mana-mana kenderaan akan menerima rebat tambahan hingga RM10,000 daripada nilai pasaran untuk pembelian 3008 dan 5008.

PEUGEOT 3008 telah mencapai kejayaan cemerlang di Eropah dan benua lain dengan memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia termasuk Car of the Year 2017 di Geneva.
PEUGEOT 3008 telah mencapai kejayaan cemerlang di Eropah dan benua lain dengan memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia termasuk Car of the Year 2017 di Geneva.

Selain itu juga bakal pembeli 3008 atau 5008 SUV Plus ditawarkan tiga tahun servis percuma, termasuk alat ganti dan kos upah serta berpeluang menikmati kadar bayaran bulanan serendah RM1,300 daripada Affin Bank.

Aspek prestasi, 3008 dan 5008 Plus masing-masing menggunakan enjin 4-silinder 1.6L pengecas turbo berkuasa 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm serta dipadankan dengan transmisi automatik Quickshift enam kelajuan dengan pedal syif.

Kedua-duanya turut dilengkapi sistem bantuan terkini seperti Driver Attention Alert, Speed Limit Recognition and Recommendation, kamera pandang belakang 180 darjah dan Sistem Informasi Titik Buta yang dinaiktaraf dan Active Lane Departure Warning.

Pelanggan boleh membuat pilihan dengan empat warna ditawarkan antaranya Emerald, Kelabu Amazonite, Hitam Nera, Putih Pearlescent dan warna baharu, Kelabu Aster.

Artikel Berkaitan:

Semua model Peugeot didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 120,000kilometer (mana-mana tiba dahulu), perkhidmatan Bantuan Peugeot 24 jam, akses percuma SkyLounge di Subang Skypark dan keahlian Peugeot Privilege.