Hari pertama di Dewan Rakyat, Jeck Seng bangun tanya soalan

Dr Jeck Seng (kanan) di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
Dr Jeck Seng (kanan) di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hari pertama di Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah pagi tadi, Ahli Parlimen Tanjung Piai, Dr Wee Jeck Seng bangun mengajukan soalan tambahan berkaitan keselamatan makanan negara.

Dr Jeck Seng bertanya mengenai tindakan kerajaan dalam melindungi keselamatan makanan negara kerana negara kini terlalu bergantung kepada import makanan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, soalan yang dikemukakan Jeck Seng itu tidak mempunyai kaitan dengan soalan lisan daripada William Leong Jee Keen (PH-Selayang) berhubung penyalahgunaan Permit Kelulusan (AP).

"Bagaimanapun, sebagai orang baru masuk dewan, saya bagilah sedikit (peluang). Dari segi keselamatan makanan negara, kita tahu bahawa negara dan 32 juta rakyat Malaysia memerlukan makanan.

"Setiap hari, tiga kali sehari. Kerajaan sedia maklum bahawa keselamatan makanan negara sangat penting," katanya.

Artikel Berkaitan: