Padah swafoto tepi tebing

Mangsa dipercaya hilang imbangan sebelum terjatuh
Mangsa dipercaya hilang imbangan sebelum terjatuh
A
A
A

DUBLIN - IRELAND. Seorang pelajar dari India dilaporkan maut selepas terjatuh dari tebing ketika asyik berswafoto.

Pelajar malang berusia 20 tahun itu dikatakan sedang mengikuti pengajian di Dublin, lapor polis.

Dia dipercayai hilang imbangan ketika mengambil gambar di lokasi tumpuan pelancong terkenal, tebing Cliffs of Moher di County Clare pada Jumaat.

Ketika kejadian, dianggarkan terdapat ratusan pengunjung sedang menikmati pemandangan dan berjalan di tepi tebing.

Polis yang megambil keterangan saksi, menafikan ada unsur lain terhadap insiden itu, termasuk cubaan membunuh diri.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan dan pihak berkuasa sedang menghubungi keluarga mangsa. - NDTV

Artikel Berkaitan: