X

Kindly register in order to view this article
!

Projek Kuala Lumpur Vertical City, Felda tuntut kerugian RM2.06 bilion

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengesahkan agensi itu memfailkan satu tuntutan sivil terhadap dua bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Tan Sri Shahrir Samad berkaitan Projek Kuala Lumpur Vertical City.
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengesahkan agensi itu memfailkan satu tuntutan sivil terhadap dua bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Tan Sri Shahrir Samad berkaitan Projek Kuala Lumpur Vertical City.

Tuntutan sama turut dilakukan ke atas kontraktor Synergy Promenade Sdn Bhd bersama dua pemilik, Abd Rahman Soltan dan Noraini Soltan serta 16 pihak lain atas konspirasi penipuan terhadap Felda.

Menurut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Felda, Projek Kuala Lumpur Vertical City dimulakan ketika Mohd Isa memegang jawatan sebagai pengerusi Felda.

Katanya, projek tersebut dianugerahkan oleh pengurusan dan Lembaga Pengarah ketika itu kepada Synergy Promenade Sdn Bhd atas syarat yang jelas merugikan Felda.

"Terdahulu pada April 2019, Felda membuat laporan polis atas nasihat peguamnya bahawa terdapat kesalahan jenayah dalam proses penganugerahan dan pelaksanaan projek berkenaan.

"Ia menyebabkan tanah Felda di Jalan Semarak berpindah milik kepada Synergy Promenade Sdn Bhd.

"Felda masih menunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak polis," katanya.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan bahawa Felda menuntut kerugian berjumlah RM2.06 bilion selain pembatalan semua perjanjian dan transaksi berkaitan Projek Kuala Lumpur Vertical City serta pembangunan tanah Jalan Semarak yang dipindah milik melalui surat cara pemindahan secara penipuan.

"Pengurusan dan Lembaga Pengarah Felda komited untuk mengembalikan Felda

kepada objektif asalnya.

"Felda akan menggunakan semua saluran bagi mendapatkan semula segala kerugian yang telah diakibatkan terhadap Felda," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus