Tajul timang cahaya mata sulung

Tajul teruja bergelar bapa. - FOTO: Instagram Tajul
A
A

PENYANYI Tajul selamat menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie, melahirkan bayi perempuan di Hospital Kajang pada malam Sabtu.

Bayi yang dilahirkan secara normal itu diberi nama Adriana Carissa.

Penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto pertama cahaya matanya.

Bagaimanapun Tajul, 21, belum bersedia mendedahkan wajah anaknya itu, namun berjanji berbuat demikian apabila tiba masanya.

“Yeahh! Alhamdulillah anak daddy, Adriana Carissa @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi, jam 11:56 malam.

“Kita belanja gambar dia sikit, nanti dia dah besar. Baru boleh tunjuk muka dia okay. Tq semua yang mendoakan, I love you,” tulis Tajul yang teruja bergelar bapa.

Tajul juga dihujani ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat dan pengikutnya di Instagram. Tidak ketinggalan rakan-rakan artis seperti Khai Bahar, Syafiq Farhain, Afiq Shazwan, Andi Bernadee, Aiman Tino, Irfan Harris dan lain-lain yang turut berkongsi kegembiraan itu.

Tajul dan Shamieza, 23, mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017, namun pendedahan tersebut hanya dibuat pada Oktober lalu.