Lebih 70 lokasi di selatan Thailand diserang

Askar berkawal di sebuah sekatan jalan raya di daerah Cho Airong, Narathiwat susulan insiden khianat di wilayah berkenaan. Foto: AFP
Askar berkawal di sebuah sekatan jalan raya di daerah Cho Airong, Narathiwat susulan insiden khianat di wilayah berkenaan. Foto: AFP
A
A
A

BANGKOK - Lebih 70 lokasi di empat wilayah selatan Thailand dilanda siri serangan bom dan khianat bakar yang disyaki dilakukan kumpulan pemberontak pada hujung minggu lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga individu cedera.

Pihak berkuasa merekodkan sekurang-kurangnya 78 insiden dengan Narathiwat mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 40 kejadian, diikuti Yala (21), Pattani (15) dan Songkhla (dua).

Kebanyakan serangan berlaku pada malam 22 Ogos di Pattani, Yala, Narathiwat dan beberapa kawasan di Songkhla sebelum berlanjutan pada keesokan harinya.

Antara sasaran ialah bangunan kerajaan, kedai, kenderaan dan tiang utiliti.

Landasan kereta api di Narathiwat turut terkena letupan sehingga menyebabkan perkhidmatan di laluan berkenaan digantung.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!