[VIDEO] Bila singa dibawa turun demonstrasi

Rakaman video singa yang dibawa turun ke demonstrasi tunjuk perasaan menggemparkan orang ramai.
Rakaman video singa yang dibawa turun ke demonstrasi tunjuk perasaan menggemparkan orang ramai.
A
A
A

BAGHDAD - Rakaman video tular di laman sosial memaparkan seekor singa dibawa semasa demonstrasi antikerajaan di Iraq menggemparkan orang ramai.

Seorang lelaki terlibat dalam siri tunjuk perasaan itu dilapor membawa singa tersebut.

Video durasi 28 saat di muat naik di Twitter memaparkan bendera Iraq diikat pada badan singa dan haiwan tersebut juga memakai kolar pada lehernya.

Memetik Daily Mail, kehadiran singa bertujuan melawan anjing polis yang digunakan dalam demonstrasi berkenaan.

Rakaman itu menyaksikan singa itu sedang berehat di kaki lima bersama lelaki dipercayai pemiliknya.

Sejak Oktober lalu, protes meletus di Baghdad kerana rakyat tidak berpuas hati berhubung kegawatan ekonomi dan rasuah berleluasa.

Kira-kira 320 orang meninggal dunia akibat pertempuran itu dengan petugas keselamatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penunjuk perasaan di Iraq 'berpesta' di Dataran Tahrir

Artikel Berkaitan: