Penunjuk perasaan di Iraq 'berpesta' di Dataran Tahrir

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di Baghdad semalam. - Foto: AFP
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Tahrir di Baghdad semalam. - Foto: AFP
A
A
A

BAGHDAD - Ribuan penunjuk perasaan anti kerajaan membanjiri Dataran Tahrir di ibu negara Iraq semalam untuk 'berpesta' mendapatkan makanan dan memotong rambut secara percuma.

Kumpulan sukarelawan turut mengagihkan selimut kepada peserta protes dan minyak percuma diberikan kepada para pemandu di sekitar Baghdad.

"Saya sertai acara ini untuk membantu penunjuk perasaan kerana mereka menuntut hak untuk golongan pemuda dan wanita di negara ini," kata wanita yang menawarkan roti hasil air tangannya.

Difahamkan, tiada insiden pertempuran tercetus ketika acara terbabit.

Tunjuk perasaan yang bermula pada awal Oktober lalu berpunca daripada bantahan terhadap rasuah, pengangguran dan perkhidmatan asas yang lemah.

Bagaimanapun, protes itu terpaksa dihentikan selepas pasukan keselamatan didakwa mula menggunakan peluru hidup hingga meragut hampir 150 nyawa. - Agensi

Artikel Berkaitan: