Serangan udara AS di Syria didakwa meningkat

Jet tempur AS sedia berlepas untuk rutin pengeboman udara di Syria
Jet tempur AS sedia berlepas untuk rutin pengeboman udara di Syria
A
A
A

DAMSYIK - SYRIA. Disebalik pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menarik pasukan tenteranya dari Syria, serangan udara oleh tentera AS di bahagian timur negara itu didakwa semakin meningkat.

Ia hasil penyiasatan Al Jazeera dan The Intercept yang mendapati terdapat kira-kira 50,000 hingga 60,000 orang yang terperangkap di timur Syria - yang dikuasai oleh Daesh - terpaksa berdepan dengan serangan udara AS hampir setiap hari.

Seorang aktivis yang enggan memberikan namanya berkata, penduduk tiada tempat untuk berlindung setiap kali AS menggugurkan bom di kampung mereka.

"Hidup mereka dimusnahkan oleh tentera kerajaan, tentera AS dan Daesh," katanya.

Baru-baru ini, Trump membuat pengumuman mengejutkan apabila mahu menarik keluar pasukan tenteranya dari Syria dan Afghanistan.

Bagaimanapun, Trump menutup mulut bila langkah itu dilaksanakan. - Agensi

Artikel Berkaitan: