Tentera China 'turun padang' bantu Hong Kong

Anggota PLA membantu membersihkan jalan di luar pangkalan mereka. - FOTO: AFP
Anggota PLA membantu membersihkan jalan di luar pangkalan mereka. - FOTO: AFP
A
A
A

HONG KONG - Pertempuran kembali tercetus di luar Universiti Politeknik Hong Kong, semalam, beberapa jam selepas tentera China membuat kemunculan luar biasa membantu membersihkan sekitar jalan di bandar raya tersebut.

Sekumpulan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) terbabit turun padang bersama penduduk membersihkan sisa sampah-sarap ditinggalkan penunjuk perasaan di jalan di luar pangkalan mereka.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Hong Kong memaklumkan mereka tidak meminta bantuan itu, namun PLA menggelar ia sebagai 'aktiviti komuniti sukarela'.

Difahamkan, tentera China juga pernah membantu membersihkan bandar raya itu selepas dilanda taufan pada 2018.

Sebelum ini, wakil asing dan penganalisis keselamatan menganggarkan sehingga 12,000 tentera ditempatkan di seluruh Hong Kong lebih dua kali ganda angka garison biasa.

Ogos lalu, Beijing mengerahkan ribuan tentera mereka ke sepanjang sempadan Hong Kong selepas protes di bandar raya itu semakin meningkat. - Agensi

Artikel Berkaitan: