Lapor polis jika nampak aktiviti basikal lajak

Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti basikal lajak di negeri ini kepada pihak polis. (Gambar kecil: Azman Shariat)
Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti basikal lajak di negeri ini kepada pihak polis. (Gambar kecil: Azman Shariat)
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai digesa menyalurkan sebarang maklumat berhubung aktiviti basikal lajak di negeri ini kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, maklumat berhubung aktiviti terbabit boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau ke balai polis berhampiran.

Menurutnya, pihaknya mendapati terdapat beberapa kemalangan melibatkan basikal lajak yang tular di media sosial tidak dilaporkan kepada polis.

“Jika terdapat sebarang info atau maklumat mengenai aktiviti basikal lajak sila laporkan ke balai polis, IPD berdekatan atau melalui bilik gerakan yang sentiasa beroperasi 24 jam,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau berkata, ibu bapa dan penjaga perlu mengawasi anak-anak mereka daripada mendampingi aktiviti tidak bermoral yang bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, ibu bapa juga perlu membimbing anak-anak mereka ke arah aktiviti menyihatkan badan untuk kesejahteraan masa depan.

“Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi,” katanya.

Artikel Berkaitan: