Gempa 5.3 magnitud gegar Pulau Honshu Jepun

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Gempa bumi dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter melanda pesisir pantai wilayah Chiba, Pulau Honshu, lapor Pusat Geologikal Amerika Syarikat awal pagi ini.

Agensi berita Sputnik yang memetik pusat berkenaan sebagai berkata, data seismik menunjukkan gempa bumi melanda kawasan perairan 176 kilometer ke tenggara bandar Katsuura yang terletak di Semenanjung Boso.

Kejadian dicatatkan berlaku pada jam 2.51 GMT dengan pusat gempa dikesan pada kedalaman 10 kilometer.

Belum ada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa akibat kejadian berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: