X

Kindly register in order to view this article
!

Polis lengkapkan kertas siasatan pengasuh hentak bayi

Wanita berusia 34 tahun diambil keterangan oleh polis semalam. Kanan: Bayi berusia enam bulan yang dikatakan didera pengasuhnya.
A
A

GEORGETOWN - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian seorang bayi perempuan didakwa didera pengasuhnya di Kampung Tanjung Tokong Lama di sini.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap perubatan daripada pakar kanak-kanak untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

"Pakar kanak-kanak akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas bayi berusia enam bulan itu dan kita akan tunggu laporan pemeriksaan tersebut. Setakat ini, lima individu telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh hentak bayi ke lantai ditahan polis

Semalam, polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial dipercayai menunjukkan seorang bayi perempuan didera pengasuhnya.

Wanita berusia 34 tahun itu telah ditahan untuk dirakamkan percakapannya yang mana, dia mengaku individu dalam video tersebut adalah dirinya namun menafikan mendera bayi berkenaan.

Dia mengakui bertindak kasar tetapi bukan berniat untuk mendera atau mencederakan mangsa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!