Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri

Saifuddin - Foto Bernama
Saifuddin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu berkata, Muhd Zainul Asri telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan namun tidak direman.

"Dalam pertemuan pertama (dengan polis) itu, dia telah mengakui kesilapannya dan berkata terlalu teruja apabila mendapat sambutan dalam perhimpunan tersebut.

"Namun saya dimaklumkan siasatan diteruskan sebab ada aduan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan pada Selasa.

Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap penceramah bebas berkenaan berhubung perkara itu, semalam.

Pada Selasa, Muhd Zainul Asri telah membuat permohonan maaf berhubung ucapannya yang disiarkan menerusi laman Facebook beliau. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

PH buat laporan terhadap ucapan pemimpin Pas

Syeikh Zainul Asri mohon maaf