Suami isteri ditemui lemas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA PERLIS - Pasangan suami isteri yang hilang dipercayai terjatuh daripada bot ke laut ditemui lemas di perairan Kuala Perlis di sini, kira-kira 4.50 petang tadi.

Mayat Muhamad Zaini Panjang Karim, 55, dan isterinya Azizah Yatim, 49, ditemui terapung oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurut kenyataan agensi itu, pasangan nelayan tersebut ke laut pada 6 pagi dan tidak pulang tengah hari tadi, menyebabkan anggota keluarga mereka membuat laporan kepada Maritim.

“Pasukan Maritim menemui bot mereka dengan enjin masih hidup di perairan Pulau Dayang Bunting berdekatan Langkawi,” menurut kenyataan itu.

Mayat pasangan itu kemudian dibawa ke pelantar jeti Kastam pada 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew ketika dihubungi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu.

Artikel Berkaitan: