Pukki bantu Finland ke Euro 2020

Pukki (kanan) muncul wira Finland dengan dua gol untuk membawa pasukan itu ke saingan Euro 2020.
Pukki (kanan) muncul wira Finland dengan dua gol untuk membawa pasukan itu ke saingan Euro 2020.
A
A
A

PENYERANG sensasi Norwich City, Teemu Pukki meledak dua gol untuk membantu Finland mara ke Kejohanan Euro 2020 selepas menewaskan Liechtenstein 3-0 dalam aksi kelayakan di Stadium Telia 5G, awal pagi tadi.

Bagi Pukki, ia kejayaan penuh bermakna buatnya apatah lagi Finland layak buat kali pertama ke pentas kejohanan tertinggi Eropah itu.

"Tiada perkataan untuk mengambarkannya (kejayaan ini). Saya tidak pernah rasa gementar seperti ini.

"Terima kasih kepada penyokong dan ia menajdi detik bersejarah buat kami layak ke Euro 2020," katanya.

Dalam perlawanan itu, pemain tengah Finland Jasse Tuominen membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-21 sebelum Pukki menggandakan kedudukan pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti.

Pukki melengkapkan hari gemilang buat Finland dengan gol ketiga perlawanan pada minit ke-75 selepas bijak memperdayakan penjaga gol Liechtenstein, Benjamin Buchel.

Kemenangan itu meletakkan Finland di kedudukan kedua Kumpulan J buat Finland dengan 18 mata, enam mata di belakang juara kumpulan Itali yang terlebih dahulu layak ke Euro 2020.

Dalam pada itu, pengendali pasukan, Markku Kanerva memuji persembahan yang dipamerkan pemainnya dan mengakui bukan tugas mudah untuk membawa pasukan ke kejohanan itu.

Artikel Berkaitan:

"Satu tugas menakjubkan dilakukan oleh pemain. Saya seperti tidak percaya. Satu perjalanan indah buat kami dalam kempen kelayakan dan kejayaan ini buat semua penyokong Finland," katanya.