Nazrief Nazri sah bergelar suami

Nazrief Nazri dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan.
Nazrief Nazri dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan.
A
A
A

SETELAH hampir tiga tahun mengenali hati budi masing-masing, pelakon Nazrief Nazri, 28, selamat disatukan dengan gadis pilihannya, Aizatul Aqma Hamdan, 25, dalam majlis ijabkabul yang berlangsung di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa pada petang Jumaat.

Hanya dengan sekali lafaz, Nazrief selamat bergelar suami kepada Aizatul yang juga merupakan seorang model hijab.

Pada majlis tersebut, Nazrief menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80, beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan, selain wang hantaran sebanyak RM15,000.

“Alhamduillah saya berasa gembira dan lega. Kami berjaya melangsungkan perkahwinan dan menghalalkan hubungan kami selepas hampir tiga tahun berkenalan. Saya berharap hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat,” ujar Nazrief kepada pihak media.

Dalam pada itu, menurut Nazrief, dia dan isteri masih belum merancang majlis resepsi mereka kerana mahu memberi keutamaan kepada majlis pernikahan terlebih dahulu.

Difahamkan, Nazrief dan Aizatul berkenalan menerusi laman Instagram sebelum berkawan rapat dan seterusnya melangkah ke fasa perkahwinan.

Artikel Berkaitan: