Konvensyen PKR Sarawak tetap diteruskan, kata Anwar

Anwar menyampaikan ucapan pada Konvensyen PKR Kelantan dan Terengganu yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort hari ini.
Anwar menyampaikan ucapan pada Konvensyen PKR Kelantan dan Terengganu yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang dijadualkan pada 23 November depan akan diteruskan walaupun ada kalangan pemimpin PKR negeri itu yang memberi kata dua untuk membatalkannya jika isu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak diselesaikan.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pembatalan itu hanya daripada individu tertentu sedangkan kebanyakan ketua cabang di Sarawak mahu ia diteruskan.

Menurutnya, pucuk pimpinan parti akan memberi penjelasan dan sebarang keputusan tertakluk kepada jawatankuasa konvensyen.

"Tiada siapa yang patut sombong untuk menentukannya (batal konvensyen). Ini adalah keputusan jawatankuasa konvensyen dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang terbuka, bukan keputusan setiausaha agung.

"Keputusan itu keputusan pimpinan parti dalam mesyuarat bulanan. (Sama juga) Kalau awak media tak pernah datang mesyuarat. Jadi, editor tak panggil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen PKR Kelantan dan Terengganu yang berlangsung di Terengganu Equestrian Resort hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: MPN PKR Sarawak terkilan pembatalan Azmin

Krisis dalaman AMK PKR mula tercetus apabila Ketua AMK PKR, Akmal Nasir mengumumkan pembatalan jemputan kepada Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden parti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin dakwa wujud 'tangan ghaib' batal jemputan rasmi kongres AMK

'Batal Azmin rasmi Kongres AMK perlihat PKR kini dilanda krisis'


Ia menjadi semakin panas apabila Mohamed Azmin mendakwa wujudnya tangan-tangan ghaib di belakang keputusan itu.

Mengulas mengenai dakwaan Mohamed Azmin itu, beliau bagaimanapun menyangkalnya.

Artikel Berkaitan:

"Kalau tengok (dakwaan) mungkin (ia datang) dari langit atau dari bulan.

"Mesyuarat biro politik dibuat dua kali sebulan atau mingguan. Mesyuarat MPP pula setiap bulan, semua boleh bagi pandangan, semua boleh bantah, tolak dan ini semua keputusan yang dibuat MPP.

"Apa-apa perubahan, bukan ugutan oleh mana-mana tokoh tapi mesti dibuat melalui majlis mesyuarat. Ia tiada kaitan dengan saya, saya hanya ikut keputusan mesyuarat," katanya.