MPN PKR Sarawak terkilan pembatalan Azmin

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak terkilan dengan pembatalan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Melalui kenyataan bersama melibatkan lapan ahli MPN PKR Sarawak yang diketuai oleh Pengerusinya, Baru Bian berkata, mengikut tradisi parti Timbalan Presiden akan merasmikan kongres sayap parti sejak ditubuhkan.

"MPN Sarawak amat kecewa dengan pengkhianatan tradisi ini, walaupun diketahui bahawa majoriti dua per tiga pimpinan AMK Pusat yang telah dipilih secara demokratik dalam Pemilihan Parti yang lalu menyatakan sokongan kepada Timbalan Presiden untuk merasmikan Kongres Nasional AMK.

"Justeru, MPN Sarawak berpendirian keputusan itu menyebabkan demokrasi dalam PKR dikuburkan secara terang-terangan.

"Prinsip 'satu ahli, satu undi' kini hanya tinggal slogan semata-mata tanpa pelaksanaan yang sebenar dan hanya sandiwara beberapa pimpinan PKR," kata kenyataan itu.

Selain Bian, kenyataan bersama itu melibatkan Naib Pengerusinya, Ali Biju; Timbalan Pengerusi Baharuddin Mokhsen; Naib Pengerusi I,Willie Mongin; Naib Pengerusi II Nicholas Bawin Anggat; Naib Ketua Wanita Nasional merangkap Naib Pengerusi III, Voon Shiak Ni; Ketua Wanita Negeri merangkap Naib Pengerusi V Nurhanim Mokhsen dan Jawatankuasa Pilihanraya Negeri, See Chee How.

Mellaui kenyataan itu mereka percaya akan berlaku krisis dan perpecahan PKR jika pemimpin gagal menangangi perkara itu.

"MPN Sarawak juga memutuskan, selagi isu ini belum diselesaikan secara adil dengan mengambil kira lunas demokrasi, maka Konvensyen PKR Negeri Sarawak yang dijadualkan pada 23 November 2019 di Miri, Sarawak dibatalkan," katanya.

Artikel Berkaitan: