Lori terbalik, buah sawit bertaburan

Sebuah lori sarat muatan buah kelapa sawit terbalik selepas terbabas di Jalan Chin Chin di sini, hari ini.
Sebuah lori sarat muatan buah kelapa sawit terbalik selepas terbabas di Jalan Chin Chin di sini, hari ini.
A
A
A

JASIN - Sebuah lori sarat muatan buah kelapa sawit terbalik selepas terbabas di Jalan Chin Chin di sini, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu turut mengakibatkan muatan yang dibawa bertaburan di bahu jalan.

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan, Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati pemandu terbabas apabila gagal mengawal kenderaan selepas dipercayai cuba mengelak sebuah kereta lalu.

“Lori tersebut datang dari arah Chin Chin hendak menuju ke Jasin, tiba-tiba datang sebuah kereta masuk ke laluan lori. Pemandunya cuba mengelak lalu hilang kawalan dan terbabas.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori yang berusia 27 tahun mengalami kecederaan kecil,” katanya.

Artikel Berkaitan: