Lori terbalik, trafik sesak 4km dari Alor Pongsu ke Bukit Merah

Keadaan lori muatan sawit yang terbalik menghalang semua lorong menuju arah selatan dari laluan Alor Pongsu ke Bukit Merah menyebabkan kesesakan.
Keadaan lori muatan sawit yang terbalik menghalang semua lorong menuju arah selatan dari laluan Alor Pongsu ke Bukit Merah menyebabkan kesesakan.
A
A
A

BAGAN SERAI - Aliran trafik lebuh raya sesak sejauh empat kilometer dari Alor Pongsu ke Bukit Merah dekat sini berikutan kemalangan membabitkan sebuah lori muatan sawit yang terbalik pada Selasa.

Plus Trafik menerusi ciapan di Twitter pada jam 2.34 petang memaklumkan, nahas di Kilometer 183 arah selatan itu mengakibatkan semua lorong terhalang.

"Pengguna dinasihatkan untuk keluar di Plaza Tol Alor Pongsu bagi mengelak kesesakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang kebetulan berada di lokasi berkata, keadaan di tempat kejadian adalah terkawal.

Mohd Yusri meninjau sendiri keadaan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan kesesakan di laluan Alor Pongsu-Bukit Merah pada Selasa.
Mohd Yusri meninjau sendiri keadaan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan kesesakan di laluan Alor Pongsu-Bukit Merah pada Selasa.

Menurutnya, nahas tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan pemandu lori terlibat tidak mengalami kecederaan serius.

"Kesesakan memang agak teruk ditambah pula keadaan hujan ketika ini.

"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan dikeluarkan dan menggunakan laluan lain," katanya.

Artikel Berkaitan: