Minah 'kaki curi' dalam surau dicekup

Barang kes dirampas bersama suspek yang ditangkap di Taman Setia Rawang semalam.
Barang kes dirampas bersama suspek yang ditangkap di Taman Setia Rawang semalam.
A
A
A

RAWANG - Polis berjaya menyelesaikan empat kes kecurian dalam surau sekitar sini selepas tertangkapnya seorang wanita di Taman Setia Rawang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 37 tahun itu bergiat aktif secara solo dalam melakukan kecurian di ruang solat wanita.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira ditahan pada jam 2 petang semalam dalam satu serbuan selepas pemerhatian 30 minit dilakukan ke atasnya.

"Polis menemukan barang kes termasuk beberapa beg tangan wanita, dua beg duit, seunit buku bank dan seutas jam tangan dalam kereta suspek.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terlibat dalam kes kecurian surau di sekitar Rawang dan sebanyak empat kes kecurian dapat diselesaikan selepas penangkapan suspek," katanya.

Katanya, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Turut dirampas adalah kereta Proton Wira warna kelabu yang digunakan suspek bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: