Pesara guru rugi RM113,600 diperdaya 'Inspektor Nila'

Aibee Ab Ghani
Aibee Ab Ghani
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pesara guru kerugian RM113, 600 selepas tertipu dengan sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa ada tunggakan kad kredit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Ab Ghani berkata, kejadian bulan lalu itu berlaku apabila wanita berusia 74 tahun itu telah menerima panggilan telefon daripada Mahkamah Kuantan.

"Pegawai mahkamah itu mendakwa mangsa mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM13,000 dan diminta berurusan dengan seorang lagi suspek yang mengaku sebagai 'Inpektor Nila'.

"Suspek telah meminta butiran akaun mangsa dan mengarahkannya ke bank untuk mengikut arahan diberi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aibee berkata, sebaik tiba di sebuah bank di Port Dickson, mangsa diminta ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengikut arahan suspek kononnya untuk tujuan siasatan.

Menurutnya, mangsa telah melakukan tujuh transaksi wang ke tiga akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhan RM113,600 dari 1 hingga 7 November lalu.

"Mangsa hanya menyedari diperdaya setelah membuat semakan baki akaunnya yang tinggal RM200. Mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: