[VIDEO] Estudiantes 'pukau' penyokong dengan hologram singa

Hologram raksa singa sempena pembukaan Stadium Jorge Luis Hirshi yang ditutup sejak 2005 memukau penonton melihatnya.
Hologram raksa singa sempena pembukaan Stadium Jorge Luis Hirshi yang ditutup sejak 2005 memukau penonton melihatnya.
A
A
A

ARGENTINA - Sebuah kelab bola sepak Estudiantes de La Plata mengadakan pertunjukan luar biasa sebagai kejutan kepada peminatnya bagi memperkenalkan stadium baharu mereka.

Estudiantes yang juga digelar Los Picharratas atau The Rats memukau peminat mereka melalui hologram seekor singa raksasa yang melompat keluar dari langit dan berjalan sepanjang bumbung stadium itu.

Singa tersebut kemudiannya melompat ke padang sambil mengaum di hadapan 22,000 penonton yang turut dihadiri band rock Argentina, Los Autenticos Decadentes, Lapor The Telegraph yang memetik sumber.

Lebih mengujakan peminat apabila hologram yang menggunakan bantuan teknik pencitraan hasil komputer (CGI) menunjukkan tapak kaki singa mengeluarkan api saat ia bergerak.

Bagaimanapun, mereka yang menonton di stadium harus melihatnya melalui aplikasi di telefon.

Stadium Jorge Luis Hirshi yang diubahsuai dan ditutup sejak tahun 2005 menyaksikan perlawanan persahabatan antara legenda kelab tersebut sebagai tanda perasmian stadium tersebut.

Dalam pada itu, Presiden Estudiantes, Juan Sebastian Veron ketika berucap pada majlis perasmian memberitahu acara itu memberi makna dan merupakan satu perkara emosional buat dirinya.

"Hari ini saya sangat emosional dan sebak melihat anda semua, penyokong dan peminat sentiasa bersama kami walaupun kelab ini melalui banyak laluan yang sukar sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah mimpi yang menjadi kenyataan tetapi ini bukan pengakhiran bagi kita tetapi titik awal untuk kita bangun bagi mencapai kejayaan pada masa yang akan datang," katanya.