Pakar kanser tekak, leher berkumpul bincang pembedahan terbaik

Datin Sri Dr Asmah Samat (dua dari kiri) meluangkan masa melihat pameran yang diadakan.
Datin Sri Dr Asmah Samat (dua dari kiri) meluangkan masa melihat pameran yang diadakan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 30 pakar telinga hidung tekak dan 100 pegawai perubatan dari seluruh negara menyertai Kursus, Tatacara Pembedahan Kanser Leher dan Tekak serta Mesyuarat Bahagian Subkepakaran Pembedahan Kepala dan Leher Otorhinolaryngology baru-baru ini.

Kesemua pakar berkenaan turut membincangkan mengenai penyakit tersebut selain bertukar pendapat dan maklumat perubatan.

Program itu juga bertujuan meningkatkan kemahiran pakar terbabit dalam tatacara pembedahan kanser leher dan tekak serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengesanan tanda-tanda awal kanser.

Turut diadakan Pelancaran Pamplet Pendidikan Kesihatan Kanser Leher dan Tekak Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan, Datin Sri Dr Asmah Samat.

Hadir sama, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr Selasawati Ghazali dan Ketua Perkhidmatan ORL Kebangsaan, Datuk Dr Siti Sabzah Mohd Hashim.

Seorang peserta, Dr Wan Nur Anis Wan Draman berkata, kesedaran mengenai penyakit tersebut perlu diperluaskan terutama untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkongsian ilmu pencegahan dan perubatan.

"Mesyuarat seperti inilah yang akan membantu pakar-pakar yang ada untuk kita tambah ilmu pengetahuan dan sebagainya," katanya.

Program tiga hari itu berlangsung di Kota Kelantan Trade Centre dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Artikel Berkaitan: