[VIDEO] Tak tutup pintu pagar, anak kecil digilis depan rumah

Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak tersebut menunggang basikal meluru keluar dari rumah sebelum dilanggar sebuah kereta.
A
A

SHAH ALAM - Malang menimpa seorang kanak-kanak apabila dilanggar kereta ketika keluar rumah dengan menunggang basikal tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.

Berdasarkan video berdurasi 14 saat, kanak-kanak terbabit dilihat menunggang basikal keluar dari rumah tanpa disedari sesiapa ketika seorang lelaki dipercayai bapanya sedang membasuh kereta di luar pagar rumah.

Kanak-kanak itu yang menuju ke jalan raya kemudiannya telah dilanggar dan digilis sebuah kereta Toyota Vios yang melalui kawasan tersebut.

Rakaman dipercayai dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh Sonya Pilatus melalui kumpulan Update&Info di Facebook kini tular dan meraih 2,000 tontonan serta 2,700 perkongsian.

Antara reaksi netizen mengenai kemalangan menimpa kanak-kanak tersebut.
Antara reaksi netizen mengenai kemalangan menimpa kanak-kanak tersebut.

Tragedi sadis melibatkan mangsa yang berlaku di hadapan rumahnya itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menganggap ia sebagai kecuaian ibu bapa.

"Salah siapa kalau bukan mak dan ayah dia yang lalai. Sepatutnya pintu kena tutup tak kira apa waktu sekali pun, jangan lalai. Duit boleh dicari tapi abang, anak bukan boleh dibeli dengan wang ringgit pun, ingatlah," tulis Muhd Salihin di ruangan komen.

Cik Puan Effa pula menulis, "Kalau pagar itu bertutup pasti tak kena langgar. Kereta itu perlahan sahaja pun, lagipun kalau laju mesti dah terpelanting jauh budak itu. Lepas ini kereta lalu atas angin sahaja lah."

Di sebalik kritikan itu, ada juga netizen yang bersimpati dengan kejadian itu dan mempersoalakn mengapa pemandu kereta tersebut tidak berhenti selepas menyedari melanggar sesuatu.

"Eh, buta ke atau lena yang bawa kereta di siang hari itu? Pakar-pakar analisa video dan profesor-profesor yang hebat, sila lontarkan komen anda, ada yang marah, ada yang tidak puas hati," kata Zarul Hafeez.

Ayah nya tgh basuh kereta tak perasan anak main basikal terus keluar.

Posted by Sonya Pilatus on Tuesday, November 12, 2019