X

Kindly register in order to view this article
!

Pengasuh diperdaya 'pegawai LHDN, polis'

A
A

KUANTAN - Seorang pengasuh kerugian RM10,000 selepas diperdaya dua lelaki menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan polis, kelmarin.

Mangsa berusia 45 tahun dari Kuantan kononnya dikatakan mempunyai tunggakan cukai lebih RM17,000 selain namanya dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, penipuan ke atas mangsa bermula 11 November lalu apabila dia menerima panggilan daripada pegawai terbabit memaklumkan berhubung tunggakan cukai tersebut, sebelum panggilan disambung kepada Sarjan Tibey.

"Mangsa diarah menyerahkan maklumat banknya sebelum diminta membayar RM10,000 untuk urusan membatalkan kes tersebut bagi membersihkan namanya.

"Akur dengan arahan itu, mangsa membuat bayaran berkenaan pada hari yang sama di sebuah cawangan bank di sini ke akaun atas nama seorang wanita," katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas membuat bayaran, mangsa diminta supaya melaporkan lokasi dia berada setiap dua jam kononnya bagi tujuan pemantauan polis sebelum syak dirinya ditipu selepas gagal menghubungi anggota polis berkenaan untuk mengetahui perkembangan kes pada hari berikutnya.

Susulan laporan polis dibuat mangsa, pihaknya mengesan pemilik akaun bank bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!