‘Undang Wan Azizah rasmi Kongres AMK sebagai TPM’

AKMAL NASRULLAH
AKMAL NASRULLAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasah Mohd Nasir menegaskan sayap parti itu mengundang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Kongres AMK atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, meskipun dilihat seolah memecahkan tradisi kerana AMK mengundang Timbalan Presiden PKR sebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan, ia diputuskan dalam mesyuarat AMK pada 20 Oktober lalu.

“Dr Wan Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri. Tradisi mengundang Timbalan Presiden PKR merasmikan kongres sayap sama seperti yang dibuat UMNO.

“Tetapi dalam UMNO, Timbalan Presiden ialah Timbalan Perdana Menteri, jadi dalam kes ini, Dr Wan Azizah ialah Timbalan Perdana Menteri, apa salahnya?," katanya di lobi Parlimen di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Batal Azmin rasmi Kongres AMK perlihat PKR kini dilanda krisis'

Seramai 21 Ahli Majlis Pimpinan AMK membantah tindakan sayap parti itu yang tidak mengundang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk merasmikan kongres tahunan mereka pada 6 Disember depan.

Mengikut tradisi, kongres sayap Pemuda parti itu dirasmikan Timbalan Presiden dan Mohamed Azmin seperti kebiasaannya dijadualkan untuk merasmikannya.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata, penolakan terhadap Dr Wan Azizah untuk merasmikan kongres tidak mewakili kesemua pimpinan AMK.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, laporan kepada mesyuarat itu sampai kepada pengetahuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi.

“Perkara itu dimaklumkan secara rasmi dan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam (kelmarin) dengan jelas menyatakan ia tanggungjawab AMK,” katanya lagi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ahli Majlis Pimpinan AMK itu, mereka menegaskan tindakan membatalkan undangan kepada Mohamed Azmin menguatkan desas-desus bahawa parti itu sedang dilanda krisis kepimpinan.