Suspek tikam ibu direman tujuh hari

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Suspek yang menikam ibunya hingga maut dalam kejadian di Taman Kampung Padang di sini kelmarin direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superintendan Mohammad Noor Yusof Ali berkata, permohonan tahanan reman ke atas suspek telah dijalankan di Wad Dahlia, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pagi tadi.

Menurutnya, sebutan reman dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Syarifah Norsyuhada Wan Mamat di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzzaman dan turut dihadiri doktor psikiatri, Hanisah Mohd Nor.

"Majistret telah memerintahkan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 13 hingga 19 November di Hospital Tampoi," katanya.

Dalam kejadian kira kira jam 8.30 pagi kelmarin, mangsa, Sefiah Hamid, 62, maut ditikam di bahagian leher kiri dan suspek yang merupakan anaknya itu turut menikam adiknya, Masitah Mustafa, 26, serta rakan lelaki Masitah, Mohammad Azizan Awang, 38.

Jenazah Sefiah telah selamat dikebumikan di Nenasi Pekan semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu maut ditikam anak mayat diletak atas kerusi roda

Artikel Berkaitan: