X

Kindly register in order to view this article
!

Ketepikan dulu isu Ronnie Liu, fokus Tanjung Piai: Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan mengulas lanjut keputusan Lembaga Disiplin DAP yang tidak mengenakan tindakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu.

Menurutnya, perkara paling mustahak sekarang adalah memberikan tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November nanti.

“Saya rasa perkara paling mustahak sekarang adalah untuk fokus kepada PRK Tanjung Piai.

“Apa-apa perbincangan susulan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH (Pakatan Harapan) seperti apa yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ronnie Liu sebelum ini dibawa ke Lembaga Disiplin DAP berhubung kritikannya terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak.

Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) DAP itu sebelum ini turut menyatakan PH tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kenyataannya itu mendapat kecaman ramai pihak termasuk daripada komponen PH sendiri.

Syed Saddiq sebelum ini menerusi satu kenyataan pula menegaskan ungkapan Ronnie Liu itu sebagai tidak menghormati keharmonian di antara parti dalam PH.

Bahkan beliau turut mendesak Ronnie Liu memohon maaf dan meminta DAP mendisiplinkan beliau.

Tegas Ahli Parlimen Muar itu, sekiranya DAP tidak lakukan apa-apa, Armada tidak akan teragak-agak untuk menyerang pimpinan DAP termasuk pimpinan tertingginya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus