Hakim dukung anak peguam ketika angkat sumpah

Hakim Richard Dinkins bergambar bersama Juliana Lamar mendukung anaknya iaitu Beckham
Hakim Richard Dinkins bergambar bersama Juliana Lamar mendukung anaknya iaitu Beckham
A
A
A

TENNESSEE - Upacara angkat sumpah seorang peguam baharu, Juliana Lamar di Tennessee, Amerika Syarikat lebih istimewa apabila anaknya berpeluang turut serta dalam upacara berkenaan.

Baru-baru ini tular video durasi 15 saat memaparkan upacara angkat sumpah berkenaan.

Majlis angkat sumpah untuk menjadi seorang peguam secara rasmi perlu dilaksanakan secara protokol, namun Juliana Lamar dibenarkan membawa anaknya.

Hakim yang menyaksikan upacara berkenaan ingin melibatkan anak Juliana yang dilahirkan sewaktu peguam itu masih lagi belajar di Belmont Universiti College of Law.

Hakim Richard Dinkins dilihat mendukung anak peguam iaitu Beckham sepanjang upacara tersebut.
Hakim Richard Dinkins dilihat mendukung anak peguam iaitu Beckham sepanjang upacara tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik pada laman Twitter, Hakim Richard Dinkins dilihat mendukung anak peguam tersebut iaitu Beckham sepanjang upacara tersebut.

“Sebelum upacara angkat sumpah itu bermula, Hakim (Richard Dinkins) berkata beliau ingin anak saya (Beckham) turut serta dalam majlis itu.

“Saya sungguh gembira kerana anak saya dapat mengambil bahagian dalam saat paling penting dalam hidup saya,” kata Juliana mengulas tindakan spontan hakim berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini video itu meraih 683,000 tontonan dari netizen.