Popular itu bonus: Ezad Lazim

ezad
ezad
A
A
A

PENYANYI, Ezad Lazim, berkata, sebagai artis era 90an apabila dia masih popular itu adalah bonus bagi dirinya.

Dengan itu Mohd Rohaizad Mohd Lazim atau lebih dikenali Ezad Lazim, 39, dapat menarik minat daripada kelompok baharu hari ini.

f8
f8

"Bagi saya popular itu adalah bonus untuk artis lama seperti saya kerana untuk bersaing dengan barisan artis-artis baharu hari ini ini bukannya mudah.

"Jadi, sekurang-kurangnya dengan popular kita dapat dikenali oleh generasi baharu di samping mereka juga dapat mengetahui dan menghargai karya-karya saya sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan karier nyanyian penyanyi popular Demi Cinta ini bakal menampilkan single terbaharu dalam jangka masa terdekat ini, berjudul Luahan Cintaku hasil sentuhan melodi dari Harry Khalifah dan lirik oleh Room None.

Artikel Berkaitan: