Indonesia rancang bina pusat angkasa lepas pertama di Papua

Gambar hiasan. (Foto: Shutterstock / Alones)
A
A

JAKARTA - Indonesia merancang untuk membina pusat angkasa lepas pertama di Biak, Papua sebagai lokasi pelancaran ujian roket.

Menurut laporan Jakar Post, perkara itu disahkan oleh Institut Aeronautika dan Angkasa Negara (Lapan).

“Kami akan membina (pusat angkasa) seperti tapak pelancaran roket Lapan yang ada di Garut Selatan (Jawa Barat).

“Bagaimanapun ia akan menjadi lebih besar supaya boleh digunakan untuk pelancaran ujian roket lebih besar,” kata Ketua Pusat Kajian Penerbangan dan Penerbangan Aeronautik Lapan, Robertus Heru Trijahyanto.

"Biak dipilih sebagai lokasi pembinaan ruang angkasa lepas baru kerana kawasan yang luas itu dianggap ideal bagi menyokong rancangan Lapan bagi melakukan pelancaran ujian roket lebih besar pada 2024," katanya.

Mengambil kira garis Karman iaitu garis khayalan menandakan tempat ruang bermula, Heru berkata, sempadan ruang adalah 100 kilometer (km) di atas permukaan bumi.

Lapan bagaimanapun merancang untuk menguji pelancaran roket yang boleh mencapai aras 300km di atas Bumi.

“Untuk mencapai ketinggian itu, roket mesti lebih besar [diameter dan ketinggian].

“Sebab itulah kami memerlukan laman pelancaran lebih besar,” kata Heru.

Ketua Lapan, Thomas Djamaluddin berkata, ruang angkasa lepas baru yang dirancang akan membantu Indonesia menguasai teknologi dan operasi untuk pelancaran satelit.

“Lapan sudah boleh menjadikan satelit sendiri. Sasaran seterusnya adalah untuk melancarkan satelit dengan roket kami sendiri, yang kami buat dan ruang angkasa di Indonesia,” kata Thomas.

Menurut undang-undang Indonesia mengenai aeroangkasa, Lapan bertanggungjawab melancarkan peralatan aeroangkasa, membina dan mengendalikan ruang angkasa.

“Kami menjangkakan peringkat pertama pembinaan akan selesai sebelum 2024 untuk memudahkan pelancaran ujian roket yang akan kami bangunkan secara beransur-ansur,” kata Thomas.

Ruang angkasa itu katanya, akan dibina dengan menggunakan kaedah perkongsian antarabangsa.

Satu kajian telah dijalankan untuk memilih tiga pilihan lokasi iaitu Biak, Pulau Morotai di Maluku Utara dan Pulau Enggano di Bengkulu.

“Akhirnya dalam mesyuarat koordinasi 2018 dengan beberapa kementerian, Lapan memilih Biak sebagai lokasi ruang angkasa,” kata Thomas.

Lapan menyediakan 100 hektar tanah di Biak Utara pada 1980-an. Biak dianggap pilihan ideal kerana ia berhampiran dengan Khatulistiwa dan pantai timurnya menghadap Lautan Pasifik.

Ujar Thomas, tapak pelancaran di Garut hanya untuk ujian statistik dan pelancaran roket kecil. - Agensi.