Lelaki ditemui tergantung

Tali putih tergantung
Tali putih tergantung
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui mati tergantung di Felda Jengka 14 di sini, oleh bapa mertuanya selepas pulang solat Subuh dari masjid Felda tersebut, pagi semalam.

Mangsa, 45, berasal dari Felda Jengka 13 dan baharu menetap bersama keluarga mertuanya setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 7.40 pagi, 4 Januari lalu memaklumkan ada kes kematian di lokasi terbabit.

Menurutnya, Pegawai Penyiasat Jenayah Maran dari Balai Polis Jengka bersama jurugambar dan dua anggota tugas Ronda Cegah Jenayah ke tempat kejadian.

"Si mati telah dibawa masuk ke dalam rumah oleh bapa mertuanya. Tiada kesan kecederaan pada bahagian badan kecuali di bahagian leher terdapat kesan kemerahan.

"Bapa mertua si mati telah menunjukkan tempat beliau jumpa mangsa iaitu tergantung pada dahan sebatang pokok durian di sebelah belakang rumah.

"Pemeriksaan menjumpai satu tali putih tergantung pada dahan pokok durian tersebut berhampiran satu buaian gantung.

"Di bawah tanah terdapat sepasang selipar warna biru dipercayai milik kepunyaan mangsa dan terdapat satu tong cat dalam keadaan terbalik," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, hasil bedah siasat mayat mangsa di Hospital Jengka mendapati punca kematian adalah "suspension on neck" dan mangsa alami kecederaan di bahagian leher.

"Siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengetahui motif kejadian dan Laporan Mati Mengejut (SDR) telah dibuka," katanya.