Sekadar perang psikologi penyokong pembangkang

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

PUTRAJAYA - Kenyataan kontroversi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai DAP sekadar perang psikologi terhadap penyokong pembangkang.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, beliau faham maksud sebenar yang cuba untuk disampaikan oleh Pengerusi Bersatu Perak itu.

"MB Perak bertemu dengan geng-geng UMNO dia. Jadi bila bertemu dengan mereka, beliau akan memberi kenyataan yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada mereka.

"Saya buat perumpamaan kalau kita hendak bantu pulihkan penagih dadah, kita akan kata kita dulu pun penagih juga dan susah hendak lawan (ketagihan).

"Jadi apabila pergi ke tempat orang UMNO yang mempunyai pemikiran bahawa DAP pembawa masalah, beliau pun mengeluarkan kenyataan bahawa faham dengan situasi itu tapi kita boleh tangani DAP," katanya pada pada sidang media mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru di Menara Seri Wilayah di sini.

Terdahulu, satu klip video mencetuskan tanda tanya apabila Ahmad Faizal mendedahkan beliau terpaksa berlawan dengan DAP di Perak.

Perkara itu didedahkan menerusi satu rakaman video yang tular dipercayai ketika membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini.

Menerusi rakaman video itu, Ahmad Faizal berkata, usaha yang dilakukan untuk mempertahankan tanah masyarakat Melayu dan agama Islam dilakukan berseorangan dengan bantuan rakan-rakan dalam UMNO.

Artikel Berkaitan:

Susulan video itu, DAP menggesa pemimpin Bersatu Perak itu memberi penjelasan dan memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Klip video MB Perak cetus tanda tanya

Kenyataan MB Perak dibincang dalam Majlis Presiden PH

MB Perak nafi ada masalah dengan DAP