Pakar sejarah mengaku bunuh teman wanita

Profesor Sokolov gemar berpakaian seperti Napoleon - AFP
Profesor Sokolov gemar berpakaian seperti Napoleon - AFP
A
A
A

MOSCOW - Seorang ahli sejarah Rusia terkenal mengaku membunuh kekasihnya selepas menemui sebuah beg galas yang mengandungi tangan wanita tersebut di sebatang sungai.

Media Rusia melaporkan, Oleg Sokolov, 63, mabuk dan jatuh ke dalam sungai ketika dia cuba membuang bahagian tubuh wanita itu.

Polis kemudian menemui mayat Anastasia Yeshchenko, 24, di rumahnya di bandar St Petersburg.

Profesor Sokolov adalah pakar Napoleon yang menerima Légion d'Honneur dari Perancis.

"Dia mengakui kesalahannya," kata peguamnya, Alexander Pochuyev kepada agensi berita AFP, sambil menambah dia menyesal apa yang dilakukannya dan kini memberi kerjasama.

Profesor Sokolov dilaporkan memberitahu polis bahawa dia membunuh kekasihnya ketika bertengkar dan kemudian memotong kepala, lengan dan kakinya.

Dia dikatakan merancang untuk menghapuskan mayat tersebut sebelum mengambil keputusan membunuh diri sebagai Napoleon.

Menurut Pochuyev, Profesor Sokolov menerima rawatan hospital untuk hipotermia kemungkinan mengalami tekanan.

Artikel Berkaitan:

Anastasia Yeshchenko ialah pelajar pasca siswazah dan belajar sejarah Perancis serta mengarang beberapa karya bersejarah dengan Profesor Sokolov. - AFP