Berlapang dadalah dengan keputusan Maips: Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
A
A
A

KANGAR - Imam-iman yang dipecat dan ditukar tempat bertugas disarankan supaya menerima keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah sangka terhadap keputusan Maips ini perlu dielakkan kerana ia tidak membawa manfaat.

“Maips membuat keputusan memecat dan menukarkan imam-imam terbabit dalam usahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan.

"Ia juga untuk memberikan suntikan nafas baharu bagi mencapai objektif yang ditetapkan Maips," titahnya melalui suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Maips di sini, hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Maips bertitah, agensi itu sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbanan besar diberikan imam, pengerusi masjid, nazir, jawatankuasa kariah dan semua yang terlibat sebelum ini.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan ALLAH memberikan ganjaran atas khidmat bakti yang dicurahkan dan saya berharap sokongan yang tidak berbelah bahagi dapat diberikan kepada pihak yang baru dilantik,” titah baginda.

Baru-baru ini, media melaporkan seramai 25 imam dipecat dan 10 lagi ditukarkan melalui surat Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) tanpa menyatakan sebab, bertarikh 31 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: