Tentera AS punca orang awam terbunuh di Afghanistan

Tentera AS dan penterjemahnya menyoal siasat seorang lelaki Afghanistan di Kabul.
Tentera AS dan penterjemahnya menyoal siasat seorang lelaki Afghanistan di Kabul.
A
A
A

KABUL - AFGHANISTAN. Taliban menuduh tentera Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan menyebabkan kematian hampir 90 peratus orang awam pada 2018.

Laporan dikeluarkan kumpulan itu turut mendakwa Taliban tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kematian atau kecederaan orang awam.

Laporan yang dikeluarkan Taliban pada setiap tahun berdasarkan sumber utama dan saksi, menunjukkan sebanyak 4,170 kemalangan jiwa dilaporkan tahun lepas iaitu 2,294 kematian dan 1,876 kecederaan.

Tentera AS dan Afghanistan menyebabkan 3,705 kematian manakala militan Daesh dan beberapa entiti yang tidak dikenal pasti bertanggungjawab atas 465 kematian, dakwa Taliban.

Angka kematian orang awam yang dikeluarkan oleh Taliban adalah separuh daripada laporan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan (Unama) untuk tempoh sembilan bulan pertama pada 2018.

Laporan terakhir Unama pada Oktober lalu mendapati kebanyakan kematian orang awam berpunca akibat keganasan militan termasuk Taliban.

Angka penuh kematian orang awam di Afghanistan sepanjang 2018 dijangka dikeluarkan pada bulan depan. - AFP

Artikel Berkaitan: