@cheminahsayang ditutup lagi

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menyah aktif akaun Twitter rasmi miliknya sekali lagi hari ini.
Perkara itu disedari pelayar Twitter petang tadi selepas membuat semakan akaun Twitter rasmi baginda @cheminahsayang tidak ditemui dan kelihatan seperti sudah dinyah aktif.
Ketiadaan akaun media sosial Tuanku itu menjadi bahan bualan ramai netizen yang turut menyatakan rasa sedih mereka.
Kebanyakan mereka mengaku bakal merindui perkongsian harian permaisuri kesayangan di laman sosial.