X

Kindly register in order to view this article
!

Enam lelaki pecah masuk bengkel ditahan

Antara komponen dan aksesori yang dipercayai dicuri serta peralatan digunakan untuk memecah masuk bengkel yang dirampas pihak polis.
A
A

HULU SELANGOR - Enam lelaki ditahan dipercayai memecah masuk sebuah bengkel di Jalan Trompet, Bukit Beruntung pada Khamis lalu dan mencuri pelbagai komponen motosikal seperti ekzos, tayar dan set sepanar yang dianggarkan bernilai RM12,000.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, enam lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun ditahan dan barang kes sekitar Bukit Sentosa, Ulu Yam Bharu, Serendah dan Gombak turut dirampas.

"Hasil serbuan ini kita telah merampas sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux, dua buah motosikal Yamaha LC135 dan Yamaha Y15ZR serta pelbagai jenis komponen dan aksesori motosikal dipercayai dicuri daripada bengkel tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan pemilik sebuah bengkel mengalami kerugian kira-kira RM30,000 selepas komponen di dalam premis itu hilang selepas dipecah masuk.

Polis memaklumkan, hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai masuk ke dalam bengkel itu melalui bahagian belakang dengan memecahkan dinding.

Mengulas lanjut Azman berkata, siasatan awal mendapati kesemua suspek mengaku melakukan jenayah itu buat pertama kali.

"Kesemua komponen dan aksesori yang dicuri dijual secara dalam talian seperti Facebook dan Instagram.

"Hampir 70 peratus komponen dan aksesori yang dicuri ini telah berjaya dirampas semula, manakala yang lain telah terjual," katanya.

Katanya, kesemua suspek direman selama tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!