Saya sedang unblock beribu pengikut: Fitri Haris
![Fitri Haris](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/01/05/141375.jpg)
PENYANYI, Fitri Haris agak sedih apabila akaun Instagram miliknya digodam, baru-baru ini.
Begitupun, IG penyanyi yang mempunyai sebanyak 163,000 pengikit itu akhirnya berjaya diperolehi semula.
![No Image Caption](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/01/05/141376.jpg)
Menurut Fitri, ada ribuan pengikutnya di block yang membuatkan pengikut-pengikutnya gagal mengikuti perkembangannya.
Bahkan, ada beberapa peminatnya turut mengirim khabar itu kepada Sinar Harian.
![No Image Caption](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/01/05/141377.jpg)
"Alhamdulillah, baru dapat balik akaun saya daripada penggodam tu. Dasyatnya manusia.
"Kepada mereka yang kena block saya sedang unblock satu persatu. Beri saya sedikit masa, beribu kena block" ungkapnya ringkas.